anak-anak syaitan
Umar
al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak ...syaitan :
1. Zalituun
Duduk di
pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada
orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut
sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat
para ulama.
4. Haffaf
Berkawan
baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat
maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan
dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
6. Masuud
Duduk di
bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja
penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di
pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut
cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan
rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan
sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan