Rabu, 14 November 2012

puasa

RENUNGAN tentang puasa.
Dalam kitab mazhab as-Syafi'i dalam bab PUASA SUNAT, ia terbahagi kepada dua iaitu:
1) Sepanjang Tahun 2) Bermusim
Yang bermusim pula ada:
a)Mingguan (Isnin dan Khamis)
b)Bulanan (Puasa 3 hari sebulan)
Yang Tahunan seperti
a) Puasa Arafah & Tarwiyah
b) Puasa 1 hingga 9 Zilhijjah atau 1 hingga 10 @ 11 Muharram
c) Asyura & Tasuaa'.
d) Puasa 6
e) Puasa Bulan Haram (Zulqaidah, Zul hijjah, Muharram & Rejab)
Mengenai puasa 3 hari setiap bulan pula, ada beberapa tafsiran. Yang terkuat ialah 13 hb, 14 hb, 15 hb. Pendapat yang kedua mengatakan "Awal, Tengah dan Akhir".
Mungkin tafsiran yang kedua itulah punca amalan "SUNAT PUASA AWAL & AKHIR TAHUN."
Muhasabah: Akhir Zulhijjah & Awal Muharram je..? Mengapa tidak awal & akhir setiap bulan kita pukol canang untuk puasa?
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 H -
Sumbangan: Ustaz Mohammad Haidzir bin Husain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan